top of page

[Kredit Komuniti] Kesilapan Besar Dalam Permohonan Pinjaman

[Kredit Komuniti] KESILAPAN BESAR DALAM PERMOHONAN PINJAMAN

Kelvin

28 Oct 2025

Panduan Elak Kesilapan Besar Dalam Permohonan Kredit Komuniti berdasarkan kisah sebenar yang saya lihat sendiri sepanjang berkerja di syarikat pinjaman.

Saya telah bekerja di sebuah syarikat pinjaman selama beberapa tahun. Dalam tempoh itu, saya melihat terlalu banyak peminjam yang melakukan kesilapan besar ketika membuat permohonan pinjaman.

Kesilapan ini nampak kecil, tapi kesannya boleh jadi sangat serius — bukan saja pada kewangan, malah juga pada reputasi dan keselamatan diri.

Berikut antara kesilapan yang sering saya jumpa dan apa yang boleh kita pelajari daripadanya:

1. Pinjam atas nama sendiri untuk kawan – satu perangkap besar

Ada sesetengah orang datang minta tolong kita pinjamkan duit atas nama kita, kononnya dia akan bayar balik setiap bulan.Ramai yang percaya sebab “kawan”, tapi akhirnya kita pula yang tanggung hutang.

📖 Kisah benar:

Satu hari, ibu bapa kepada seorang wanita datang ke pejabat kami. Mereka beritahu anak mereka buat pinjaman dari syarikat kami, tapi duit pinjaman itu sebenarnya digunakan oleh orang yang memperkenalkan dia kepada kami.Selepas siasatan, pihak HQ kami bantu cari penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak, dan akhirnya masalah itu dapat diselesaikan.

⚠ Namun perlu diingat!! Setiap kes kami perlu kaji dahulu dan bukan semua kes boleh diselesaikan dengan cara ini.Jadi, jangan sesekali guna nama sendiri untuk tolong orang lain buat pinjaman.

2.Buat pinjaman, kemudian bagi pinjam pula kepada orang lain

Ada juga peminjam yang meminjam daripada kami, kemudian guna nama syarikat kami untuk bagi pinjam pula kepada kawan dia — siap kenakan faedah sendiri.Perkara ini sangat serius kerana ia melibatkan aktiviti memberi pinjaman kepada orang lain tanpa lesen yang sah, dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Pihak pengurus kami pernah beri amaran keras kepada seorang peminjam yang buat macam ni.Nasihat saya, jangan sekali-kali terlibat dengan aktiviti pinjaman tanpa lesen — walaupun niatnya cuma nak tolong orang.

Ada juga pelanggan yang konon “pandai bisnes”.Contohnya, dia pinjam RM5,000 daripada kami, kemudian bagi pinjam kepada 5 orang kawan — setiap seorang RM1,000, tapi kutip balik RM1,200 seorang. Nampak macam untung RM1,000 kan?

Masalahnya, bila kawan-kawan dia tak bayar balik, hutang tu tetap nama dia.Akhirnya dia juga yang kena bayar semula kepada kami.

Bila pengurus kami tanya, dia jawab,

“Tak apa, saya boleh minta balik elok-elok. Saya tahu rumah mereka.”

Tapi pengurus kami terus jelaskan,

“Pinjaman ini tanggungjawab anda. Dan anda tak boleh guna nama syarikat kami untuk bagi pinjaman kepada orang lain. Itu dah dikira pinjaman haram.”

Lepas tu barulah dia sedar dan berhenti buat kerja macam tu.

3. Percaya pada pinjaman “online” yang kononnya cepat lulus

Ada seorang pelanggan baru datang ke pejabat kami untuk tanya tentang pinjaman. Dia tanya sama ada kami ada servis “pinjaman online tanpa datang pejabat”. Kami jawab tiada, sebab mengikut undang-undang, pemohon mesti datang ke pejabat untuk pengesahan dan tandatangan perjanjian.

Dia ketawakan kami dan kata kami ketinggalan zaman, sebab banyak laman web dan aplikasi lain dah boleh buat pinjaman terus online.Beberapa hari kemudian, dia datang balik ke pejabat mengadu. Rupanya dia dah kena tipu oleh sindiket pinjaman palsu, yang minta bayaran cagaran (deposit) sebelum luluskan pinjaman. Lepas bayar, terus hilang.

⚠ Ingat:

Peminjam tidak perlu bayar apa-apa deposit/bayaran proses kepada pihak pemberi pinjaman.

Jangan sesekali serahkan IC, bil utiliti, atau maklumat peribadi penuh kepada laman web atau aplikasi yang tidak sah.

Ada aplikasi yang minta akses lokasi dan senarai kenalan — ini boleh disalah guna untuk ugut atau ganggu anda.

Kes penipuan sebegini memang banyak berlaku antara tahun 2020–2022, tapi masih ada kes baru setiap bulan hingga sekarang.Berhati-hatilah.

4. Ubah atau palsukan dokumen untuk mohon pinjaman

Ni antara kes yang memang selalu kami jumpa.Ada pemohon yang edit slip gaji guna Word atau Canva, konon nak “nampak layak” untuk pinjaman.Ada juga yang guna dokumen milik orang lain, sebab tak nak letak maklumat sendiri.

Sekiranya pihak syarikat pinjaman dapat tahu, kita akan lapor polis sebab ia dah dikira sebagi penipuan dokumen rasmi.Kalau kantoi, anda boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 468 & 471 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan buat atau guna dokumen palsu untuk menipu. Pinjaman tak lulus, kena bayar denda dan paling teruk boleh masuk penjara jika disabitkan kesalahan, memang tak berbaloi.

Kalau slip gaji tak cukup atau dokumen tak lengkap, bincang elok-elok dengan pegawai pinjaman — ada cara lain yang lebih selamat daripada ambil risiko palsukan dokumen.

5. Pinjam duit untuk “pelaburan pasti untung” atau berjudi

Ramai orang buat pinjaman sebab terpengaruh dengan janji pelaburan yang kononnya “pasti untung” — contohnya pelaburan emas, forex, atau skim cepat kaya.Ada juga yang guna duit pinjaman untuk berjudi, dengan harapan menang dan boleh bayar balik cepat.

Tapi hasilnya? Duit habis, hutang tetap kena bayar.Pinjaman bukan untuk risiko tinggi.Kalau nak melabur, guna duit lebihan — bukan duit pinjaman.

6. Tidak mengaku ada dalam senarai hitam (blacklist)

Ini antara situasi yang paling kerap berlaku di kaunter kami.Ada pelanggan kata dia “pertama kali pinjam”, tapi bila kami semak sistem, rupanya dia sudah ada rekod blacklist atau CTOS.

Ada juga yang beri alasan “adik atau kawan guna nama saya pinjam dulu”.Walau apa pun alasannya, rekod tetap atas nama pemohon, dan permohonan tetap akan ditolak.

⚠Ingat:

⭕ Berhutang bukan perkara memalukan.

Tapi berhutang dan tak bayar balik — itu yang memalukan.

⭕ Jangan anggap dapat “lari dari bayaran” itu tanda bijak. Hakikatnya, anda cuma menutup peluang masa depan sendiri.

Menganggap remeh status blacklist/ctos dengan alasan tidak akan membeli rumah atau kereta dalam waktu terdekat.

Kalau dah terdesak dan nama ada dalam CTOS/blacklist, memang susah nak mohon pinjaman — banyak syarikat takkan luluskan.

Siapa boleh bantu masa tu? Fikir awal-awal sebelum sampai tahap tu.

Rekod CTOS/blacklist boleh dibersihkan kalau anda berbincang dengan syarikat berkaitan.

Biasanya boleh minta jadual bayaran ansuran ikut kemampuan.

Jaga rekod kewangan sekarang — sebab ia akan tentukan masa depan kewangan anda nanti.

Bila anda betul-betul perlukan duit nanti, rekod hitam itu akan jadi penghalang utama.Jadi, kalau ada tunggakan — selesaikan dan cuba berbincang dengan syarikat tersebut , mungkin boleh minta pengurangan atau pelan bayaran semula.Lepas habis bayar, nama pun boleh dibersihkan semula dan senang buat pinjaman dengan mana-mana syarikat di masa akan datang.

Kesimpulan

Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tapi untuk berkongsi pengalaman sebenar yang saya lihat sendiri sepanjang bekerja di syarikat pinjaman.Setiap kisah ini pernah berlaku — dan ramai peminjam akhirnya menyesal selepas terlambat.

👉 Ingat tiga perkara penting ini:

Jangan guna nama sendiri untuk tolong orang lain pinjam.

Jangan percaya pinjaman online yang minta wang pendahuluan atau akses dari handphone.

Jangan anggap tipu syarikat pinjaman itu tanda pandai — kerana akhirnya diri sendiri yang rugi.

Harapan saya, semoga lebih ramai orang faham prosedur sebenar pinjaman, elak kesilapan yang boleh merosakkan masa depan kewangan sendiri, dan lebih berhati-hati dalam setiap keputusan kewangan.

Kalau korang rasa perkongsian ni bermanfaat, jangan kedekut — kongsikan dengan kawan-kawan supaya diorang pun tak ulang kesilapan yang sama.

Jika anda masih keliru tentang prosedur pinjaman berlesen, CTOS, blacklist, atau cara pilih syarikat pinjaman yang selamat, anda boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma.


📲 WhatsApp: 010-8813445

🌐 www.cashloanjb.com


Kami akan jelaskan apa yang perlu elak, apa dokumen yang betul, dan bagaimana nak mohon pinjaman secara sah dengan syarikat pinjaman berlesen yang berdaftar.

Kelvin Ooi Perunding Kewangan di syarikat kredit komuniti Johor Bahru.
Kelvin Ooi | Staf Kredit Komuniti.5 tahun pengalaman sejak 2021."Saya bantu ramai pelanggan faham proses pinjaman dengan cara yang selamat & telus."

© 2025 Hak Cipta Cashloanjb 2025. Hak Cipta Terpelihara

bottom of page