top of page

[Kredit Komuniti] Golongan Yang Susah Mendapat Kelulusan Pinjaman

Gambar penerangan kategori pemohon yang sering gagal mendapat kelulusan kredit komuniti

Kelvin Ooi

20 Oct 2025

Artikel ini menjelaskan tentang golongan yang sukar untuk dapat kelulusan pinjaman.
Jika anda juga selalu gagal mohon pinjaman, baca artikel ini — mungkin anda akan jumpa jawapannya.

[Kredit Komuniti] Golongan Yang Susah Mendapat Kelulusan Pinjaman

“Mohon Dah Banyak Kali Tapi Asyik Tak Lulus? Mungkin Anda Dalam Senarai Ni”

Tak semua orang senang dapat kelulusan bila memohon pinjaman kewangan. Kadang bukan sebab syarikat sengaja gagalkan permohonan tapi terdapat faktor tertentu yang buat kami susah nak menilai kemampuan pemohon.Berdasarkan pengalaman kami, inilah antara golongan yang selalu berdepan cabaran bila memohon pinjaman:

Gambar hiasan untuk tujuan ilustrasi sahaja

1.Suri Rumah & Pelajar

Golongan ni paling kerap mohon, tapi paling susah nak lulus.Bukan sebab diskriminasi — tapi sebab mereka tiada pendapatan tetap yang boleh dibuktikan. Tanpa slip gaji atau penyata bank, kami tak mampu agak sejauh mana kemampuan mereka untuk bayar balik pinjaman.

Gambar hiasan untuk tujuan ilustrasi sahaja

2.Ejen Hartanah, Insurans & Unit Amanah

Pendapatan mereka ikut komisyen, jadi setiap bulan jumlah komisyen tak sama. Masalahnya, bila gaji dan komisyen tak tetap, sukar untuk syarikat nak kira kemampuan sebenar. Sistem kira DSR (nisbah hutang kepada pendapatan) pun boleh “lari”.

3.Tentera & Polis

Ramai tak tahu — dua kumpulan ni sebenarnya dah ada koperasi khas yang menawarkan pinjaman dengan kadar rendah.Sebab tu syarikat kredit komuniti jarang bagi laluan khas untuk mereka, sebab kebanyakan daripada mereka dah ada akses pinjaman sendiri melalui sistem dalam jabatan.

4.Pemandu E-Hailing & Penghantar Makanan

Golongan ni rajin bekerja dan boleh dapat pendapatan tinggi, tapi masalah utama ialah pendapatan yang tak konsisten dan tiada slip gaji rasmi.Rekod dari aplikasi tak semestinya diterima sebagai bukti pendapatan tetap. Bila tiada dokumen sah, proses kelulusan pun jadi lambat.

5.Pekerja Gaji Tunai & Kontrak

Ini pun antara yang selalu mohon.Masalahnya, gaji dibayar tunai, jadi tiada rekod dalam akaun bank. Bila nak semak, tiada bukti kukuh.Kalau pekerja kontrak pula, bila kontrak tamat dan tak disambung, risiko bayaran tertunggak sangat tinggi. Sebab itu pekerja tetap lebih mudah lulus — sebab pendapatan mereka stabil.

6.Rakyat Malaysia Bekerja di Singapura

Ramai kerja seberang tambak dengan gaji besar, tapi tetap susah nak lulus.Antara sebabnya:

Pendapatan dalam SGD susah nak dinilai sebab tukaran wang selalu berubah.

Risiko kerja pun tinggi — kalau permit tamat atau majikan tak sambung kontrak, automatik hilang sumber pendapatan.

Tapi jangan risau — kalau dokumen lengkap, masih ada peluang kami pertimbangkan.

7.Nama Dah Masuk CTOS / CCRIS

Inilah kategori yang paling mencabar.Kalau ada tunggakan atau rekod tak bayar hutang lama, memang akan berisiko tinggi.Tapi bukan semua permohonan terus ditolak. Kadang kalau masalah hutang lama dah selesai, atau rekod hutang bukan dari syarikat pinjaman berlesen, kami masih boleh kaji semula dan buat semakan khas.

Masih Ada Peluang Untuk Dipertimbangkan

Kalau anda salah seorang dalam senarai di atas, jangan terus berputus asa.Kami masih boleh pertimbangkan, asalkan dokumen anda lengkap dan maklumat jelas:

Pekerja gaji tunai → perlu ada slip gaji 3 bulan, penyata KWSP & akaun bank sendiri.

Kerja di Singapura → bawa slip gaji, penyata bank & surat pengesahan kerja.

Nama dalam CTOS → masih boleh mohon, asalkan bukan disenarai hitam dengan syarikat pinjaman berlesen.

Nota Penting:

CashloanJB bukan pemberi pinjaman.Kami hanya platform yang membantu semak kelayakan dan hubungkan pemohon dengan syarikat pinjaman berlesen yang sah di Pasir Gudang.

Ingin semak kelayakan anda?

Klik pautan WhatsApp di bawah untuk bercakap dengan pegawai kami:

👉 https://wa.me/60108813445/cashloanjbblog

© 2025 Hak Cipta Cashloanjb 2025. Hak Cipta Terpelihara

bottom of page