top of page

[Kredit Komuniti] Kenapa Permohonan Loan Anda Tak Dilayan Walaupun Dokumen Dah Lengkap?

[Kredit Komuniti] Kenapa Permohonan Loan Anda Tak Dilayan Walaupun Dokumen Dah Lengkap

Kelvin

18 Oct 2025

Rahsia sebenar pegawai pinjaman - 7 sebab utama kenapa permohonan anda terus "senyap" tanpa jawapan.

[Kredit Komuniti] Kenapa Permohonan Loan Anda Tak Dilayan Walaupun Dokumen Dah Lengkap

Ramai pernah alami situasi macam ni — semua dokumen dah bagi, slip gaji, penyata bank, semuanya cukup. Tapi dah berjam-jam, malah berhari-hari, masih tak ada sebarang jawapan daripada syarikat pinjaman.

Sebenarnya, bukan sebab pegawai tu sombong atau tak mahu layan anda. Dalam bidang pinjaman, bukan semua orang boleh terus lulus walaupun nampak cukup syarat di atas kertas.

Kadang-kadang, sistem atau pegawai sendiri dah nampak dari awal yang permohonan tu memang takkan lepas, jadi mereka tak sempat nak follow up. Bayangkan, satu hari boleh terima ratusan mesej — kalau nak balas satu-satu, memang bazir masa,terlepas follow up pelanggan yang betul-betul layak.

Sebab tu hari ini saya nak kongsi rahsia dalaman yang kebanyakan pegawai pinjaman takkan cerita secara terbuka — berdasarkan pengalaman saya sendiri bekerja dalam bidang ini sejak tahun 2021.

Inilah 7 sebab sebenar kenapa permohonan loan anda tak dilayan, walaupun dokumen dah lengkap.

1. Terlalu ‘Over-Promise’

Baru mohon loan, tapi dah janji macam-macam:

> “Saya confirm bayar.”

“Saya ada side income lagi.”

“Saya takkan lari.”

Masalahnya, janji tak cukup untuk buat sistem percaya. Pegawai lebih percaya pada data dan rekod, bukan kata-kata ko. Kalau sistem tunjuk risiko tinggi, walaupun janji manis, permohonan ni diorang malas nak layan dah.

2. Minta jumlah terlalu besar

Untuk pelanggan baru, syarikat pinjaman yang kami bantu urus permohonan biasanya boleh lulus antara RM1,000 hingga RM5,000 sahaja.Itu had biasa untuk pelanggan pertama kali mohon.

Tapi ada juga yang terus minta RM10,000,

masalahnya bila pelanggan tak dapat jumlah yang dia nak, dia akan pergi mohon kat beberapa tempat lain.

Akhirnya, dia mohon pinjaman dari banyak syarikat dalam masa yang sama — sedangkan pendapatan cuma satu je.

Bila sampai masa nak bayar, memang susah, dan risiko tak mampu bayar balik (bad debt) pun tinggi.

Sebab tu, pegawai loan biasanya takkan teruskan follow up kalau pelanggan minta jumlah yang terlalu besar dan tak sepadan dengan kemampuan.

Permohonan macam ni selalunya akan terus “skip” je.

Kalau betul-betul perlukan jumlah besar,anda lebih baik mohon dengan syarikat lain yang memang tawarkan pinjaman besar,contohnya syarikat yang perlukan cagaran atau penjamin.Cuma kena faham juga, bila ada cagaran — risiko pun lebih tinggi, sebab kalau gagal bayar, barang boleh kena tahan.

3. Susah nak berkomunikasi

Ada dua jenis pelanggan yang susah nak layan:

• Jenis tak faham soalan. Tanya A, dia jawab B. Masa tandatangan perjanjian pun cakap tak faham — nanti bila kutip bayaran, mula timbul masalah.

• Jenis suka potong cakap. Pegawai baru nak tanya, dia dah menyampuk. Lepas tu cerita benda lain pula,jawapan tak dapat.Akhirnya pegawai terus bagi laluan dekat pelanggan lain.

4. Dokumen palsu

Slip gaji edit, penyata bank tipu, bil utiliti palsu — semua ni senang nak dikesan. Sekali dapat tahu, bukan saja permohonan ditolak, tapi boleh masuk blacklist terus. Kalau teruk, boleh dikenakan tindakan undang-undang.biasanya langsung tak ada reply lepas didapati dokumen palsu.

5. Tak nak datang pejabat

Dalam undang-undang Malaysia, urusan pinjaman mesti dibuat di pejabat berdaftar. Kalau semua urusan nak buat online, anda lebih terdedah kepada risiko penipuan seperti scammer, ah long dan sebagainya. Ada juga antara mereka nak sembunyikan identiti dan nak hilangkan bukti yang dia buat loan . Pegawai biasanya akan berhenti follow up kalau pemohon tak nak datang ke ofis.

6. Buat pakej sendiri

Ini paling kelakar — ada yang mesej terus siap “set” sendiri:

“Saya nak pinjam RM5,000, bayar RM200 sebulan,ikat 2 tahun.”

Setiap syarikat ada syaratnya yang tersendiri. Kalau pelanggan mula tetapkan pakej ikut suka, pegawai biasanya dah boleh agak dia kurang faham cara pinjaman berfungsi. Jadi, permohonan tu selalunya akan terus diketepikan dulu.

7. Nama dah blacklist

Kalau dah ada rekod CTOS, CCRIS, atau pernah lari dari pinjaman lain, memang sukar nak lepas. Pegawai cek sistem saja pun dah tahu risiko tinggi dan akan “skip” pemohon tersebut.

Kesimpulan

Saya share pengalaman saya sebagai staf sejak 2021 di syarikat kredit komuniti Johor Bahru. Setiap syarikat ada cara luluskan loan yang berbeza. Tujuan saya tulis ni supaya korang tahu apa nak elak masa mohon loan, jangan buat kesalahan yang tak perlu. Harap artikel ni bermanfaat untuk korang.


Kelvin Ooi - sebagai staf kredit komuniti di Johor Bahru
Kelvin Ooi | Staf Kredit Komuniti.5 tahun pengalaman sejak 2021."Saya bantu ramai pelanggan faham proses pinjaman dengan cara yang selamat & telus."

📍 Untuk pelanggan sekitar *Johor Bahru*

Kalau anda nak semak kelayakan pinjaman atau perlukan panduan,

📱 WhatsApp saya di *010-8813445*

Semakan percuma & tanpa sebarang bayaran.

© 2025 Hak Cipta Cashloanjb 2025. Hak Cipta Terpelihara

bottom of page